Sunday, 4 October 2020

Lastik Sampai Lebam, Remaja2 Biadap Buli Wanita Warga Emas Serah Diri Pada Polis

Tular di media sosial baru-baru ini, mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas dibuli dan diganggu oleh sekumpulan remaja.

Menerusi laporan Kosmo Online, difahamkan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang didakwa telah membuli wanita warga emas itu, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin Sulaiman, keempat-empat remaja itu telah ditahan reman dan akan dihadapkan di Mahkamah Pasir Puteh di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam, mengadu dia dilastik oleh remaja terbabit sehingga mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan.

Wan Bidah Wan Deraman berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, sebelum didatangi sekumpulan remaja di mana salah seorangnya adalah anak sepupunya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta…”

Biadap sangat!

Mereka bertindak biadap dengan menendang dan melastik Wan Bidah, membuatkan wanita warga emas itu berlari sambil menjerit ketakutan.

“Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di IPD Bachok kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Kelmarin, tular video berdu­rasi 30 saat di laman sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri.Diharapkan, kumpulan remaja biadap itu mendapat hukuman yang setimpal, dan memohon maaf kepada warga emas yang telah mereka buli.

Sumber : Kosmo Online via https://ohmymedia.cc/



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3d1e1IP
via IFTTT