Wednesday 7 October 2020

Awas Bahaya Main Telefon Dalam Gelap!

Ramai menjadikan aktiviti main telefon sebelum tidur dalam gelap sebagai satu tabiat yang sukar dielakkan pada zaman ini.

Sedangkan kajian telah membuktikan bahawa individu yang bermain telefon dalam gelap boleh terdedah kepada pelbagai kemudaratan.

Ini antaranya:

1. Silau sebabkan degenerasi makula

Cahaya silau lebih daripada 30 minit dalam suasana malap boleh menyebabkan degenerasi makula yang menjadi punca anda mengalami masalah penglihatan atau buta sementara.

2. Kesihatan badan terjejas

Mata akan menjadi sakit dan anda akan cepat berasa pening. Selain itu, mata akan rasa pedih dan anda mungkin tidak dapat tidur dengan lena. Jika bangun keesokan hari pun, mata anda akan berasa letih.

3. Kecederaan pada wajah

Kepada yang suka bermain telefon dalam gelap, tangan anda akan mudah lenguh terutamanya ketika sedang berbaring. Akibatnya, antara kes yang pernah direkodkan adalah telefon bimbit jatuh menghempap muka. 



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2SwpBSS
via IFTTT