Monday, 12 October 2020

Donald Trump Dakwa Dirinya Kebal Dari Virus Covid-19

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa dirinya kini kebal daripada COVID-19 selepas dijangkiti dan bebas virus itu.

Beliau berkata demikian selepas kembali berkempen mencari kekuatan untuk menentang pesaingnya, Joe Biden.

"Saya seperti kebal (COVID-19), saya tidak tahu, mungkin untuk jangka masa yang lama atau sebaliknya, mungkin untuk seumur hidup, tiada siapa yang tahu, tetapi saya kebal.

"Anda memiliki seorang Presiden yang kebal ...kini anda ada seorang Presiden yang tidak perlu bersembunyi seperti dilakukan pesaingnya," katanya selepas disahkan oleh doktornya tidak lagi berisiko dijangkiti virus itu.

Secara umumnya, walaupun seseorang yang diserang COVID-19 akan mempunyai antibodi bagi menentang jangkitan baharu virus itu.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa tiada data mencukupi mengenai berapa banyak antibodi yang diperlukan, sejauh mana atau berapa lama ia boleh melindungi seseorang daripada virus itu.

Terdahulu, dalam temubual menerusi panggilan telefon, Trump mendakwa Biden kemungkinan tidak sihat.

"Jika anda lihat Joe (Biden), semalam beliau batuk dengan teruk sekali dan memakai topeng pelitup kerana beliau batuk.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana (dakwaan Biden tidak sihat) tidak mendapat banyak liputan," katanya.

Pasukan kempen Biden kerap menyiarkan mengenai keputusan ujian saringan calonnya selepas Trump disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital selama tiga hari, sekali gus menyebabkannya ketinggalan dalam kempen pilihan raya. - AFP



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2GI9nE6
via IFTTT