Saban hari bekerja dan kaki kita memikul berat badan dan melakukan banyak pergerakan dari seawal pagi hingga ke petang. Jika memandu kereta automatik kaki kanan anda mungkin yang paling letih dan pasti lama kelamaan anda akan merasakan kekejangan pada bahagian betis dan pergelangan kaki.
Kaki kita terdiri dari 26 tulang, ratusan otot, dan banyak sekali jaringan ikat (ligamen) serta urat daging (tendon).Rasa sakit yang terasa pada kaki menandakan adanya masalah yang disebabkan oleh faktor luaran mahupun dalaman. Kerana kaki merupakan tumpuan berat tubuh serta penentu kecekapan dalam bekerja, mengubati rasa sakit pada kaki menjadi suatu hal yang sangat penting untuk segera dilakukan.
Ketika rasa sakit mulai terasa pada kaki, biasanya pergerakan badan anda secara tidak sedar mengalami perubahan yang kemudian dapat menimbulkan permasalahan yang lebih parah lagi.
Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di kaki dapat membuatkan badan jadi lebih enjoy, relaks serta otot-otot pada tubuh pun tidak akan mengalami kekejangan. Terdapat banyak manfaat kesihatan ketika seseorang lakukan urutan kaki setiap malam saat sebelum tidur. Dan berikut adalah beberapa manfaat tersebut .
Meningkatkan Aliran Darah
Perlu diketahui, urut kaki secara teratur dapat membuat aliran darah dalam tubuh semakin baik dan optimal. Selain meningkatkan aliran darah, urut kaki juga akan membuatkan kulit menjadi lebih sihat. Lebih jauh, urut kaki akan membantu mengurangkan pengumpulan lemak jahat di kaki. Untuk penghidap diabetes, melakukan urutan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur dapat membantu proses pengubatan.
Mengatasi Masalah Migrain
Anda ada masalah migrain atau sakit kepala? Jika ya, untuk mengatasinya cuba untuk melakukan urut kaki sebelum tidur. Dengan melakukan urutan kaki serta menekan bahagian tertentu pada kaki boleh mengubati berbagai penyakit termasuk penyakit migrain.
Menurunkan Tekanan Darah
Satu lagi manfaat luar biasa melakukan urutan kaki sebelum tidur adalah ia menurunkan tekanan darah. Bukan itu sahaja, urutan yang sedap di kaki akan membantu fikiran lebih segar, santai dan tenang. Beberapa kajian menyebutkan bahawa urut kaki sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari ketika sebelum tidur akan bantu tubuh melepaskan hormon pemicu kecemasan serta masalah lain termasuk darah tinggi.
Memperbaiki Hubungan Intim Bersama Pasangan
Melakukan urutan kaki menggunakan minyak terapi serta mendengarkan alunan muzik dapat membantu fikiran lebih tenang dan bahagia. Saat fikiran menjadi lebih tenang serta bahagia, boleh dipastikan ia akan memperbaiki hubungan intim anda bersama pasangan. Urutan yang tepat di kaki dipercayai akan meningkatkan gha*rah bercinta seseorang.
Menurunkan Risiko Menopause
Urutan kaki rupanya juga sangat berguna untuk para wanita. Kajian menunjukkan bahawa urut kaki dapat membantu para wanita menurunkan riesiko Menopause. Selain menurunkan risiko Menopause, urut kaki juga efektif mengatasi bengkak pada kaki serta pergelangan kaki saat seorang wanita sedang hamil.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3jHubtr
via IFTTT