Saturday, 17 October 2020

"Kau Ikut Aku Ya, Anak Kau Kita Buang Je" - Kata Suspek Selepas Merogol Ibu Mangsa

Rakyat di negara jiran baru-baru ini digemparkan dengan kes pembunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang cuba melindungi ibunya dari perogol, namun terkorban dan mayatnya dibuang oleh suspek ke dalam sungai. 

Suspek telah ditahan selepas mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan polis. 

Suspek dalam keterangannya mengakui membunuh mangsa dan merogol ibunya. 

Segalanya bermula apabila suspek masuk ke rumah mangsa melalui pintu depan yang dicungkilnya menggunakan parang. 

Suspek bernama Samsul itu kemudian mendekati ibu mangsa dan mula mencabulnya membuatkan wanita itu terbangun dan terkejut melihat suspek berada dalam keadaan tanpa seurat benang serta membawa parang. 

Si ibu kemudian membangunkan anaknya, Rangga, yang masih tidur. Melihat ibunya berada dalam bahaya, Rangga spontan menjerit meminta tolong. 

Samsul terus menghayun parang sehingga terkena kepala mangsa. Tidak cukup dengan itu, Samsul menetak mangsa berulang kali. Si ibu cuba menghalang suspek tetapi tidak berdaya.

Mangsa ditetak tanpa belas kasihan dan meninggal dunia. Suspek kemudian mencekik ibu mangsa sehingga pengsan dan ketika itulah dia merogolnya. 

Setelah melihat wanita itu mulai sedarkan diri, Samsul mengheretnya ke kawasan ladang kelapa sawit dan sekali lagi Samsul melakukan perbuatan keji itu. 

Setelah itu, Samsul sempat merayu agar wanita itu mengikutnya, malah dia juga mengajak wanita itu membuang mayat anaknya. 

"Kau ikut aku ya, anak kau kita buang jer." 

Mendengar kata-kata itu, mangsa cuba mencari peluang untuk melarikan diri dan berpura-pura bersetuju dengan permintaan Samsul tetapi dengan syarat mayat anaknya tidak dibuang. 

"Jangan dibuang, biar bapanya yang kuburkan mayatnya," kata mangsa. 

Mendengar jawapan mangsa, Samsul mengikut tangannya menggunakan kain dan kembali ke rumah dua beranak itu tadi dan datang semula membawa karung guni di mana di dalamnya mengandungi mayat mangsa yang kemudian dibuang di sungai. 

Di kesempatan itu, wanita berkenaan berjaya melepaskan ikatan dan terus melarikan diri mencari pertolongan. 

Berdasarkan siasatan polis, Samsul merupakan penganggur dan masih bujang. Suspek sebelum ini juga pernah dipenjara kerana kes bunuh, tetapi dibebaskan beberapa tahun lalu. 

Sumber: Indo Zone via The Reporter



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3j8Dulc
via IFTTT