Saturday, 8 August 2020

Wanita Campak Bayi Dari Kereta Kerana Tak Mampu Nak Besarkan Anak


Seorang ibu telah ditahan di timur laut China setelah didakwa meninggalkan bayinya yang baru lahir di dalam semak, lapor Daily Mail.

Wanita itu dikatakan telah membuang bayi lelaki dari sebuah jambatan ke dalam semak ketika berjalan ke rumah ibunya.

Dia memutuskan untuk meninggalkan anaknya kerana dia tidak mampu membesarkannya, lapor media tempatan.

Bayi itu ditemui sekitar jam 1.30 tengah hari pada Isnin lalu oleh seorang penduduk Kampung Keluarga Hong di luar bandar Dehui di wilayah Jilin.

Penduduk yang menemui bayi itu mengatakan bahawa dia melihat semut dan lalat ‘menghurung’ pada mukanya.

Setelah disiasat, para pegawai mendapati bahawa bayi itu dilahirkan sekitar jam 8 malam pada hari Sabtu lalu di sebuah flat.


Ibu kepada bayi itu melalui Jambatan Sungai Wukai ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya pada malam Ahad lalu. Di sana, dia memutuskan untuk membuang anaknya dari jambatan ke dalam kawasan semak.

Pegawai polis berkata bahawa bayi itu berada dalam keadaan lemah ketika pasukannya sampai di tempat kejadian.

“Walaupun dia bernafas, dia hampir tidak sedar dan tubuhnya mula kaku,” katanya.




Disoal siasat polis, ibu bayi tersebut mengatakan bahawa dia merasakan tidak dapat membesarkan anaknya kerana masalah kewangan.

Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan dan dijaga oleh institusi kebajikan.

Sumber: Daily Mail via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XEETb8
via Merah Hati Cintaku