Menangis adalah limpahan emosi diri kita, seperti rasa kesedihan, kekecewaan, dan ketika menghadapi kegagalan, malah rasa kebahagiaan. Menangis juga boleh melepaskan tekanan stres untuk sesetengah orang.
Tetapi, adakah anda tahu bahawa menangis juga boleh menurunkan berat badan? Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa menangis sepenuh perasaan sebenarnya dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ini kerana hormon dari jeritan emosi membantu meningkatkan kadar kortisol setelah sekian lama memendam perasaan.
Malah, air mata yang disebabkan oleh stres mempunyai keupayaan untuk menghapuskan beberapa jenis bahan toksik daripada badan. Itulah sebabnya ahli biokimia William Frey menyimpulkan, menangis membantu menghilangkan bahan-bahan toksik yang cenderung terkumpul apabila manusia tertekan secara emosi.
Di samping itu, badan kita tidak akan menyimpan lebih banyak lemak apabila kita menumpahkan air mata, kerana semua tekanan hormon akan segera dilepaskan melalui proses menangis ini.
Penyelidikan juga mengatakan bahawa anda hanya boleh mendapatkan manfaat ini jika anda menangis yang dicetuskan oleh emosi sebenar. Ada 3 jenis air mata, iaitu:
1. Air mata asas atau yang berguna untuk mengekalkan kelembapan mata kita.
2. Air mata refleks atau air mata kerengsaan yang tidak disengajakan kerana tekanan alam sekitar seperti asap dan angin.
3. Air mata psikologi yang berkaitan dengan perasaan dan emosi kita.
Hanya air mata psikologi yang mempunyai kesan menghilangkan berat badan. Tetapi ada jangka masa tertentu untuk memaksimumkan kesan ini. Saintis mencadangkan untuk menangis bila-bila masa, tetapi menurut mereka masa terbaik adalah di antara 7 pagi hingga 10 malam.
Sudah pasti ini adalah berita baik untuk anda yang suka menonton filem sedih pada lingkungan jam tersebut. Menangis tidak hanya baik untuk melepaskan semua perasaan untuk mengekalkan kesihatan mental kita, tetapi juga baik untuk kesihatan fizikal kita. Tetapi, tentu saja, jangan cuba tips ini dengan menangis setiap hari hanya kerana anda ingin menurunkan berat badan, ya.
Akhir kata, sila kongsikan artikel ini, dengan harapan besar artikel ini berguna bagi ramai orang.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2CONgK2
via Merah Hati Cintaku