Saturday 8 August 2020

Pekerja Pelabuhan Di Beirut Dilaporkan Tercampak Ke Laut Ketika Letupan Ditemui Hidup Setelah 30 Jam


Seorang lelaki yang tercampak ke dalam laut akibat daripada letupan bahan kimia yang berlaku di pelabuhan Beirut tempoh hari ditemui hidup selepas terdampar selama 30 jam, lapor Daily Mail.

Mangsa yang merupakan kakitangan pelabuhan tersebut telah ditemui terdampar di laut Mediterranean dipercayai selama 30 jam susulan daripada insiden letupan yang menggegarkan bandar pelabuhan berkenaan.

Satu gambar yang berlegar di media sosial menunjukkan seorang anggota pasukan penyelamat sedang memberi bantuan kepada seorang lelaki yang berlumuran darah di atas sebuah dek kapal.


Menurut laporan Al-Arabiya, lelaki itu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Rafic hariri di Beirut sejurus selepas diselamatkan. Namun begitu, keluarga lelaki itu telah memaklumkan di dalam temu bual yang diadakan menerusi TV Lubnan bahawa, mereka telah memeriksa di hospital itu namun tidak berjaya menemuinya, lapor pengguna media sosial.

Keadaan lelaki itu, dan bagaimana dia boleh terselamat susulan daripada letupan itu masih tidak diketahui sehingga kini.

Sumber: Daily Mail via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ioQ1RE
via Merah Hati Cintaku