Mengeluarkan tutur kata yang tidak sopan sememangnya satu tindakan yang kurang baik lebih-lebih lagi di media sosial. Hal ini dapat menggambarkan kehidupan harian kita yang sudah biasa melemparkan kata-kata kesat di khalayak ramai.
Selain daripada itu, menuduh orang lain tanpa sebarang bukti sahih juga merupakan perkara yang salah. Hal tersebut bukan sahaja boleh menjadi satu fitnah, malahan memberi persepsi buruk kepada mereka yang dituduh.
Tak benar!
Menerusi Twitter milik Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda telah menegur dan menegaskan bahawa tohmahan mengenai dakwaan tidak memakai pelitup mulut adalah tidak benar.
Dah main tuduh, lepastu guna perkataan tak baik
Namun begitu, tindakannya yang menggunakan kata-kata tidak sopan dalam memaklumkan apa yang dilihat itu telah mendapat kecaman warganet kerana terlihat biadap.
Warganet memaklumkan bahawa gadis tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan sebegitu dan memintanya supaya bersedia untuk dipanggil pihak berkuasa.
Walau bagaimanapun, akaun Twitter gadis tersebut sudah diletakkan ke private mood dan tweet tersebut sudah di padam.
Dalam pada itu, warganet juga mengatakan gadis tidak tidak sepatutnya sesuka hati memanggil orang lain dengan panggilan tidak sopan andai pun individu tersebut bukan kerabat diraja.
Sumber: Twitter via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YLXFxI
via Merah Hati Cintaku