Pemakaian pelitup mulut adalah satu kewajipan tiap kali berada di tempat sesak dan juga ramai orang. Hal ini susulan daripada peningkatan semula kes positif pendemik Covid-19 di negara.
Susulan daripada itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan dan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 kepada mereka yang ingkar.
Namun begitu, ada sesetengah pihak berasa tidak wajar pihak berkuasa mengenakan kompaun secara serta-merta kepada mereka yang masih memakai pelitup mulut namun membuka sedikit bagi bernafas dengan lebih selesa.
Menangis dikenakan kompaun
Xleh.. pic.twitter.com/r6D9I1rEzF— Ihsan Complicated (@abamihsan) August 8, 2020
Hal ini tular di Twitter selepas satu rakaman laporan berita televisyen menunjukkan seorang remaja menangis selepas dikenakan kompaun hanya kerana meletakkan sekejap pelitup mulut di bawah hidung.
Menteri bersesak tak pakai facemask?
Disebabkan itu, warganet mulai menzahirkan rasa kurang senang dengan perkara tersebut kerana mereka mendakwa ada juga orang kenamaan yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan namun tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Kesian tengok budak ni
Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata warganet menyatakan rasa kasihan melihat situasi yang berlaku lebih-lebih lagi remaja itu merupakan seorang pelajar dan masih memakai pelitup mulut walaupun membukanya sebentar kerana berasa kurang selesa dengan kondisi pelitup yang dipakai.
Mereka memohon agar pihak berkenaan berlaku adil dalam mengenakan kompaun dan mempunyai sedikit budi bicara dalam menangani masalah ini kerana semua pihak sedang sama-sama mengharungi pendemik yang berlaku.
Sumber: Syafaatnasir, Abamihsan via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/31E7770
via Merah Hati Cintaku