Monday 10 August 2020

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Instafamous Dicekup Curi 21 Helai Pakaian Di Butik Terkemuka


KUALA LUMPUR – Seorang Instafamous yang bekerja sebagai guru tuisyen ditahan selepas mencuri 21 helai pakaian milik sebuah butik di kompleks beli belah di Bangsar di sini pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 6.30 petang oleh pihak pengurusan butik berkenaan selepas gagal menunjukkan resit pembelian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, penyelia butik berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mendapati dia mengisi pakaian di dalam beg butik itu.


“Semasa suspek keluar, penggera di pintu keluar berbunyi dan hasil pemeriksaan dia gagal menunjukkan resit sebagai bukti pembelian.

“Pemeriksaan menjumpai 21 helai pakaian bernilai RM4,310 dalam milikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Kosmo Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/31GqoEU
via Merah Hati Cintaku