Monday, 3 August 2020

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Diwajibkan Di Rumah Dan Di Dalam Kenderaan Sendiri


Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan persendirian.

Menerusi sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diadakan sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa pelitup muka hanya wajib dipakai di tempat awam yang sesak sahaja.

Pemakaian pelitup muka di kawasan luas serta yang ada penjarakan fizikal pula tidak diwajibkan.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu, antara contoh tempat awam yang sesak yang diwajibkan untuk memakai pelitup muka adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang.


Pun begitu, orang ramai yang sedang melakukan aktiviti fizikal serta berada di dalam kenderaan sendiri tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

“Semalam, tular di media sosial mereka yang di dalam kereta persendirian dikenakan tindakan, (ini)  tidak betul, kereta persendirian bukan kenderaan awam. Kalau dengan keluarga, kawan tempat kerja naik sekali setiap hari menumpang, tidak perlu ambil tindakan.

“Begitu juga tempat awam (tidak) sesak, padang bola adalah tempat awam, kalau ada penjarakan fizikal tidak perlu pakai mask (pelitup muka), kalau kawasan luas tidak diwajibkan tetapi pelitup muka digalakkan di mana-mana tempat sesak, tepi pantai kalau seorang takkan kena saman,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di bangunan Parlimen, hari ini.


Sumber: Bernama


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gryzLI
via Merah Hati Cintaku