Wednesday 5 August 2020

Lihat Kota Porak-Peranda, Gabenor Beirut Menangis Saat Ditemubual


Letupan yang berlaku pada jam 6 petang waktu tempatan di Beirut, Lubnan benar-benar menggemparkan dunia. Video letupan tersebut yang begitu dasyat telah tersebar meluas di media sosial.

Menurut laporan awal, letupan tersebut berlaku di gedung bunga api di pelabuhan dan sudah mengakibatkan puluhan nyawa terkorkoban serta ribuan lagi tercedera.

Temuramah gabenor Beirut

Susulan daripada hal tersebut, Gabenor Beirut, Marwan Abboud telah mengulas mengenai kejadian itu selepas ditemubual oleh pihak wartawan.


Apa yang menyebakkan ialah Marwan tidak dapat menahan air mata setiap kali ditanya berkenaan letupan tersebut.


Menangis kenangkan kota

Menerusi perkongsian video yang tular di Twitter, kelihatan Marwan Abboud hanya menangis setiap kali apabila mengenangkan kemusnahan yang berlaku dan kematian yang terjadi di Beirut ketika ini.


Harap kami kekal kuat

Dalam temubual tersebut, Gabenor Beirut telah menjawab soalan dengan jawapan yang sangat hiba unutk didengar sebelum dia terus menangis mengenangkan apa yang berlaku kepada kota tersebut.

“Kita perlu kekal kuat tetapi ini terlalu banyak untuk ditangani oleh satu populasi. Tahan saja. Kami kuat, kami perlu kekal kuat.”

Wartawan: “Apakah fakta?”

Marwan: “Saya tidak mempunyai fakta, hanya bencana ini di hadapan saya.”

Sumber: Twitter via https://borakdaily.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XyHJP0
via Merah Hati Cintaku