Tuesday 4 August 2020

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban


Satu letupan besar telah menggegarkan ibu kota Beirut, Lubnan pada Selasa sehingga mencederakan puluhan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian telah mendapat perhatian ramai termasuk di Malaysia.

Orang ramai mendoakan kesejahteraan negara tersebut kerana ia mengorbankan ramai penduduk di sana.

Letupan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu, malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.

Turut terkesan adalah teman lelaki usahawan selebriti Nur Sajat yang dikenali sebagai Jadoos yang berasal dari Beirut.


Menjawab komen salah seorang pengikutnya di laman Instagram, Sajat memaklumkan bapa saudara Jadoos antara yang menjadi mangsa nahas kejadian.

“Jadoos Alhamdulilah, cuma pak cik dia ada yang meninggal di tempat kejadian,” tulisnya.


Sejak lewat petang semalam, tular rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.

Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka menyangkakan kejadian berpunca daripada gegaran kuat gempa bumi.

Sumber: Gempak.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gta0Os
via Merah Hati Cintaku