"Tiba-tiba kena maki sebab beli barang banyak, sapa ja tak terkejut?" demikian kata seorang pengguna Facebook yang tidak menyangka akan menghadapi situasi yang tidak sepatutnya berlaku.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang semalam di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam, Hidayah dan keluarganya dimarahi seorang pelanggan lelaki, hanya kerana membeli barang banyak.
"Dia naik angin sebab beli telur dengan tisu. Sedangkan barang banyak lagi. And then ini bukan kaunter express.
"Barang dia dua sahaja. Kalau dia urgent nak bayar dulu, boleh je slow talk. Kami bagi saja, bukannya selfish tak nak bagi. Tetapi dia pilih untuk tinggikan suara dan keluarkan ayat bersifat perkauman.
"Benda ini tak perlu kaitkan pun dengan kaum tetapi dia cakap juga walaupun tak ada kaitan dengan beli barang banyak," tulis Hidayah di Facebooknya.
Hidayah bersyukur ada individu yang tampil mempertahankan mereka dan meminta lelaki terbabit beratur di tempat lain sekiranya tidak sabar menunggu.
Bagaimanapun, lelaki itu berdegil dan enggan berganjak dari barisan tersebut.
"Terima kasih abang baju biru tolong defend kami. Even abang ni pun suruh dia beratur tempat lain, dia yang degil.
"Kalau abang ni tak tolong, tak tahu apa yang akan terjadi. Orang lain tengok saja. Pengalaman yang mengejutkan hari ini," tulis Hidayah.
Sumber: FB Hidayah
from Sehinggit Media https://ift.tt/3fDNRMa
via Merah Hati Cintaku