Sunday 16 August 2020

(Video) Detik-detik cemas, Hafizh Syahrin rempuh motor Bastianini sehingga terpelanting ke depan


Pelumba negara, Hafizh Syahrin terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Moto2 di Litar Red Bull Ring, Austria sebentar tadi. Kejadian bermula apabila Enea Bastianini terjatuh daripada motosikal dan jenteranya terseret ke tengah litar.

Hafizh Syahrin yang datang dari arah belakang merempuh motosikal terbabit sehingga terpelanting ke arah hadapan. Empat pelumba terbabit dalam kemalangan ini iaitu Bastianini, Hafizh Syahrin, Edgar dan Farid Izdihar.

Kelihatan Hafizh Syahrin dibawa masuk ke dalam ambulans dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Bendera merah dikibarkan menandakan perlumbaan perlu dihentikan dan bakal disambung semula selepas litar dibersihkan.




Sumber: MotoGP, Fox Sport Asia via Siakapkeli.my



from Sehinggit Media https://ift.tt/310E6Dx
via Merah Hati Cintaku