Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru, rumah cantik, perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook, Tuan Abd Ghani Haron dia berkongsi sebuah cerita dimana sepasang suami isteri yang serba kekurangan sedang memilih baju terpakai buat anaknya kerana mereka tidak mampu.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Pasangan suami isteri itu berpakaian lusuh Mengendong Anak Tak Berbaju
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Membelek helaian baju yang digantung
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami.
Tak Mampu Beli Pakaian Baru Untuk Anak-Anak
Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. “Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kita Lupa Mensyukuri Nikmat Sedangkan Ada Lagi Manusia Serba Kekurangan
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Kita Merungut Tak Boleh Beraya Sakan, Tapi Keluarga Ini Bahagia Memilih Pakaian Terpakai
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيلَشَدِيدٌ
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Kekayaan Hakiki Adalah Hati Yang Sentiasa Berasa Cukup
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
#maag
#nhag
**************************************
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Sumber: https://ift.tt/2ByeaBO
from Sehinggit Media https://ift.tt/3ciJiVD
via Merah Hati Cintaku