DI SEBALIK kesibukan sosok tubuh seorang bergelar ‘sang saka biru’, individu yang diberi amanah menjaga keselamatan negara ini tidak melupakan jasa orang yang pernah berbakti kepadanya.
Meskipun sudah memegang jawatan tinggi dalam kerjaya, itu tidak menghalang Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal untuk mengingati insan yang banyak berjasa kepadanya semasa beliau kecil.
Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee dilihat datang menziarah rumah seorang warga emas berbangsa Cina yang lebih mesra dipanggil Auntie Ah Siong.
Menurut Nik Ezanee, Auntie Ah Siong merupakan individu yang sangat akrab dengannya suatu ketika dahulu.
Insan yang dikunjunginya itu, maklumnya, sering membelikan pau sewaktu beliau mengikut ibu bapanya pergi bekerja di kawasan kejiranan itu.
Dalam lawatannya itu, Nik Ezanee dilihat membawa satu beg plastik berisi pau dan sekotak pelitup muka bersamanya sebagai buah tangan kepada warga emas itu.
“Masa saya kecil-kecil dulu, dia selalu beli saya pau.
"Orang tua saya bekerja di kawasan ini, jadi saya selalu ikut mereka waktu ingin ke pejabat.
“Jadi sekarang ni saya boleh beli pau saya sendiri, saya nak beri balik dekat dia,” katanya menerusi video yang turut mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.
Video berkenaan mendapat lebih 2 juta tontonan dan 55,000 like setakat semalam.
Pemilik akaun FB Nancy Ng berkata: “Salute & Respect u Sir! The aunty is so excited & happy to see you. You brighten up her day.”
Prema Pillai berkata: “How sweet and thoughtful. Good example. We need more people like you. God bless you and your team.”
Sepanjang pertemuan mereka yang singkat itu, kedua-duanya dilihat gembira berbual sambil mengimbau kembali kenangan bersama.
Lebih mencuit hati apabila warga emas itu sempat berkongsi beberapa keratan akhbar yang memaparkan wajah Nik Ezanee dan koleksi itu disimpan sehingga kini.
“Ah Siong ini memang saya kenal dari kecil lagi. Walaupun sudah berpuluh tahun, dia masih ingat saya. Alhamdulillah.
"Kita balik semula kepada apa yang diajar kepada kita, budaya kita, menghormati orang tua,” kata Nik Ezanee.

Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2UZV0yO
via Merah Hati Cintaku