Monday, 15 June 2020

Jangan Tertipu, KKM Tak Buat "Swab Test" Dari Rumah Ke Rumah Kecuali Kawasan PKPD


Orang awam diminta untuk berhati-hati dan jangan tertipu dengan sebarang usaha penyamaran pihak tertentu yang mengaku sebagai anggota Kementerian Kesihatan (KKM) untuk buat ujian swab dari rumah ke rumah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM tidak pernah menjalankan saringan seperti yang demikian, kecuali di kawasan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Apa yang berlaku ini adalah kes tipu.

“Dan saya bercakap dengan KKM, mereka sendiri pun sudah check, dari segi nombor pendaftaran kereta itu sepatutnya nombor di kereta Myvi, bukan di van. Jadi, van pun tipu, apa tindakan mereka itu adalah tipu,” katanya dalam sidang media perkembangan PKPP, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail menyeru supaya rakyat jangan terpedaya dengan taktik pihak tidak bertanggungjawab tersebut.


“Jadi saya haraplah kepada rakyat kita, supaya jangan tertipu dengan perkara-perkara seperti ini.

“Jika didapati mereka terus ada kes-kes yang datang ke rumah, mengaku dari KKM dan sebagainya dengan tujuan apa sahaja, tolong laporkan dengan pihak polis dengan segera,”

Menurutnya, kes tersebut sudah pun dilaporkan kepada pihak polis dan siasatan sedang dijalankan.

Ismail berkata demikian sejurus menjawab persoalan wartawan berkenaan maklumat tular tentang ada pihak cuba menyamar sebagai anggota KKM untuk buat saringan tanpa memakai pakaian alat perlindungan diri (PPE).

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 25.


Sumber: RTM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UJNA2x
via Merah Hati Cintaku