Tuesday, 16 June 2020

Pakar Sahkan Abah Bebas Kanser & Sihat Untuk Galas Jawatan Perdana Menteri Malaysia


Keadaan wabak pandemik Covid-19 di negara kita pada saat ini dilihat semakin terkawal dan sekarang kita perlu teruskan kehidupan dan biasakan diri dengan norma baharu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga nampaknya akan terus diuji dengan pelbagai aspek yang mencabar untuk menggerakkan negara.

Jadi timbul persoalan, samaada mampukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tugasan berat ini?

Disebabkan itu, beberapa pakar perubatan telah hadir ke Pejabat Perdana Menteri dan mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas penyakit kanser dan sihat bagi memikul tugas berat ini.


Perkara ini turut dikongsikan oleh Perdana Menteri sendiri selepas satu laporan dari portal Sarawak Report mendakwa PM melanggar perintah kuarantin di rumah dengan pergi ke Singapura untuk menjalankan rawatan kanser ketika sedang dikuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu


Pihak Sarawak Report juga perlu menyatakan bukti lengkap mengenai pesawat yang dinaiki dan hospital mama yang dikunjungi Muhyiddin. Kegagalan menyatakan sebarang bukti, bermakna berita yang ditulis itu adalah berniat jahat untuk memburukkan imej PM.

Sumber: Muhyiddin Yassin via https://www.ohmedia.my/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UJc5gj
via Merah Hati Cintaku