Thursday, 18 June 2020

Sempat Acu Sabit Di Leher Tebusan, Perompak Maybank Usia 19 Tahun Mati Ditembak


Hari ini suasana di Maybank Air Tawar 5, Kota Tinggi, bertukar cemas selepas berlaku kejadian rompakan dengan senjata melibatkan tebusan, seorang wanita.

Menurut saksi, Nurul Izzati Kamali, 23, pada waktu itu, kawasan deretan kedai tenang dan tidak sibuk dengan orang ramai yang berurusan.

Perompak tarik sorang tebusan, letak sabit di leher


Kelihatan, beberapa orang sedang beratur menunggu giliran masuk membuat urusan di bank. Secara tiba-tiba perompak datang, dan terus menarik seorang wanita yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit.


Dengar jeritan minta duit

Selepas itu, dia terdengar pintu bank ditutup serta dengar jeritan dari dalam yang meminta duit. Penduduk yang berada di sekitar tempat berkenaan segera menelefon pihak polis.


Berdasarkan video yang dikongsikan, setibanya polis di pintu bank tersebut dibuka dan dilihat para pelanggan keluar berlari, menangis ketakutan.


Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, suspek lelaki berusia 19 tahun maut ditembak oleh pengawal keselamatan bank terbabit, dan tebusan dilaporkan tidak cedera.

Sumber : Harian Metro via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2BlNQ0E
via Merah Hati Cintaku