Friday 12 June 2020

Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif COVID-19, 40 Kontak Rapat Dikenal Pasti


Seramai 40 orang kontak rapat bagi seorang tukang gunting rambut warga Pakistan positif COVID-19 yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur telah dikenal pasti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

“Namun mangsa terus memberikan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan pelanggan di kawasan sekitar.

“Terdapat seramai 25 kontak rapat yang dikenal pasti setakat ini melalui rekod panggilan telefon, iaitu empat (4) orang rakan serumah dan 21 orang pelanggan,” katanya dalam satu sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.


Menurutnya, kedai gunting rambut tersebut mula beroperasi semula pada 10 Jun dan majikannya telah membawa individu berkenaan menjalani saringan COVID-19.

“Terdapat seramai 15 kontak rapat yang telah mendapat khidmat gunting rambut daripada beliau sehingga 11 Jun 2020.

“Dengan itu jumlah kontak yang telah dikenal pasti adalah seramai 40 orang,” tambahnya.

Mengulas lanjut, kesemua mereka telah disaring dan diarah kuarantin di rumah.

Jelas Hisham, tukang gunting rambut tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun (semalam), bagaimanapun punca jangkitan masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke-37.



Sumber: KKM via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XUSonR
via Merah Hati Cintaku