Seorang wanita di China hampir maut selepas saluran darah di otak pecah ketika sedang mencapai nada yang tinggi semasa sesi karaoke pada 5 Jun lalu, lapor Daily Mail.
Wanita yang berusia 55 tahun ini dikenali sebagai Zhang telah mengalami sakit kepala yang teruk dan mula muntah ketika dia menyanyikan lagu yang dipercayai bernada tinggi semasa parti keluarga di sebuah bar karaoke.
Menurut pakar perubatan keadaan ini disebabkan oleh aneurisma otak di mana pembengkakan pada dinding salur darah sehingga pecah dan pembentukan darah berlaku. Keadaan ini sangat membahayakan kerana kerosakan otak boleh terjadi sehingga menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat.
Zhang telah dikejarkan ke hospital dan berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan selama 2 jam.
Menurut akhbar tempatan, selepas Zhang menyanyikan dua buah lagu berturut-turut, dia meneruskan nyanyian sebuah lagu klasik rakyat China yang terkenal dengan bernada sangat tinggi.
Selepas melakukan imbasan CT, doktor mendapati saluran darah telah pecah sepanjang 0.09 inci di otak wanita separuh abad itu.
Doktor perubatan di hospital Dailan mengatakan aneurisma otak ini terjadi kerana beberapa faktor sejarah kesihatan Zhang iaitu tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.
Zhang sekarang dalam proses kembali pulih di hospital.
Terdahulu kejadian seperti ini pernah terjadi dimana paru-paru seorang lelaki dari China telah ‘runtuh’ semasa sesi karaoke. Tekanan yang kuat pada dada lelaki itu yang menyebabkan kejadian ini terjadi.
Sumber: Daily Mail via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/31pDPKU
via Merah Hati Cintaku