Pemilihan makanan yang salah boleh menjadi antara punca badan berangin. Jika tidak dirawat dengan segera, badan berangin ini boleh menyebabkan badan lenguh, sengal-sengal, sakit kepala, badan rasa berat, sering sendawa dan sebagainya.
Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyukarkan anda untuk melakukan tugasan harian kerana anda rasa letih dan kurang bertenaga. Sebenarnya ada petua yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan lenguh dan sengal-sengal badan.
Petua yang dikongsikan Nurul Diana ini cukup mudah kerana ia hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu susu kotak dan halia. Malah susu buang angin ini sesuai diamalkan oleh lelaki dan perempuan.
Selamat mencuba!
SUSU UNTUK BADAN BERANGIN
Kalau korang rasa badan korang lenguh2, sengal2, nk sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa.
Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu. Badan berangin tak elok, tanda2 banyak angin.
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
Macam2 lahhh.. sooo cara BUAT DIA SENANG SGT
Bahan-bahan:
1. Susu kotak (brand apa pun boleh). Kalau nak guna susu pekat tin pun boleh.
2. Halia (besar ibu jari) lebih kurang 3cm-4cm. Halia ni ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw dan pedas masuk banyak sikit. Kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
1. Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan. Sedia untuk diminum ??.
2. Seeloknye minum ketika susu masih suam.
3. Kesan serta merta. Tiba2 korang sendawa dan kentut non stop.
Boleh diminum oleh:
1. Lelaki dan wanita
2. Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak. Cukup 2-3cm je.
Petua ni sgt berkesan. Boleh minum bila2 masa. Pagi boleh, mlm boleh. Seminggu 2-3 kali pun ok.
Kalau makan pulut lemang byk sgt, badan berangin jeee, pening, migraine pun sesuai amalkan susu ni.
Pendapat aku sendiri:
Aku memang kerap minum susu ni. Asal aku rasa badan tak sedap je, terus buat susu ni. Memang berkesan sgt. Terus badan rasa sihat n segar.
Sumber: FB Nurul Diana via https://ift.tt/2Pfxk6S
from Sehinggit Media https://ift.tt/3hIIHAI
via Merah Hati Cintaku