Tuesday 16 June 2020

Bapa Durjana Ditahan, Disyaki Rogol Anak Sendiri Yang Baru Habis Berpantang


KANGAR: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini, selepas disyaki merogol anaknya yang baharu habis berpantang selepas melahirkan anak sulung di rumah mereka di Utan Aji, bulan lalu.

Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 54 tahun ditahan di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Difahamkan, suspek turut mengugut mahu mencederakan bayi wanita berusia 20 tahun berkenaan jika permintaannya tidak dituruti.


Wanita berkenaan yang bimbang dengan ugutan itu terpaksa merelakan tindakan bapanya selain suami mangsa tidak berada di rumah mereka.

Mangsa membuat laporan polis semalam kerana tidak tahan dengan perbuatan bapanya yang memaksa dia melakukan amang seksual.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Sumber: BH Online




from Sehinggit Media https://ift.tt/2YCrQXq
via Merah Hati Cintaku