Susah kita laki bini, tiada siapa pun yang tahu. Yang orang nampak, kita pergi melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap-sedap, kita beli barang baru, kita tukar perabot, kita celebrate birthday anak dan sebagainya.
Walhal dia tak tahu apa yang kita lalui baru kita boleh buat semua tu baru boleh rasa semua tu.
Sebab tu saya selalu kata, kalau nak pergi melancong, silakan kalau nak tukar kereta, silakan…kalau nak mkn sedap-sedap, makan di restaurant, silakan…kalau nak beli apapun, silakan…
Kita guna duit kita. Kita bukan guna duit orang yang mengata tu. Kita tak pulak menyusahkan siapa-siapa dan semua yang kita nak buat tu, berdasarkan apa yang kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sblum kita boleh beli, boleh buat, boleh makan dan sebagainya.
Masa kita suami isteri susah, tiada siapa pun yang nampak masa kita tengah bulan, makan telur, makan ikan masin, tiada siapa pun yang tahu, siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 keje, ada diorang perasan…korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nk gaji, semua kita hadap suami isteri…
Tapi bila kita “nampak” je senang, terus macam-macam kata-kata yang kita dengar, yang sampai ke pengetahuan kita itulah ragam manusia zaman sekarang ni.
Abaikan, pedulikan, buat apa yang kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan orang lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri.
Dia tak layak mempertikaikan apa yang dia nampak kerana mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul.
Sumber: firdaus shakirin via https://ift.tt/2q1CbOY
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YajYgR
via Merah Hati Cintaku