Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dibenarkan namun perlu mendapatkan kelulusan dari pihak polis.
“Mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bagi tujuan untuk akad nikah dengan syarat perlu mendapatkan kelulusan dari pihak PDRM.
“SOP sama iaitu tidak boleh lebih dari 20 orang di dalam majlis, penjarakan sosial, tanpa bersalaman dan sebagainya seperti SOP yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa jurufoto dibenarkan untuk mengambil gambar pengantin.
“Kita bersetuju untuk membenarkan jurufoto mengambil gambar pengantin di tempat terbuka mengikut SOP,” katanya.
TERKINI :— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) June 2, 2020
Kerajaan hari ini buat keputusan beri kebenaran kepada pasangan untuk urusan akad nikad lakukan perjalanan rentas negeri.
Permohonan perlu dibuat kepada polis.
Namun perlu patuhi SOP seperti penjarakan sosial, tidak lebih 20 orang: @IsmailSabri60 -Menteri Kanan
Police issued compound fines to 248 people who breached CMCO SOPs yesterday - @IsmailSabri60 #CMCO #StayHome#HealthyAtHome#StaySafe #COVID19#selfdiscipline pic.twitter.com/fCpiYmiEI1— BERNAMA (@bernamadotcom) June 2, 2020
Sumber: Bernama via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZUy6fw
via Merah Hati Cintaku