Thursday, 5 December 2019

Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Bersabar Layan Kerenah Seorang Isteri, Bukan Tambah Satu Lagi


Adakah anda bosan melayan karenah isteri? Hari ini, terlalu banyak kes yang kita jumpa tentang perilaku tidak berperikemanusiaan seorang suami terhadap isterinya.

Isteri diperlakukan dengan teruk, seolah-olah tubuh badannya amat murah. Sedangkan suami adalah pelindung dan pembela kepada isterinya. Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan sebagai suami tidak guna.

SUAMI YANG BAIK ADALAH SUAMI YANG BIJAK MENGHARGAI ISTERINYA

Penghargaan terhadap isteri tidak semestinya dilakukan dengan  memberikan hadiah yang mahal kepada isteri. Tidak. Namun cukuplah dengan menunjukkan kasih sayang kepadanya.

Ada isteri yang tidak mengimpikan pun suaminya memberikan harta melimpah ruah. Tidak juga mengharapkan suami membawanya melancong ke luar negara dengan menggunakan belanja yang banyak.

Namun, baginya cukuplah sekadar ucapan terima kasih diatas penat lelah usahanya menyediakan keperluan suami.


Maka, para suami sekalian, apakah kita tidak boleh menghargai isteri sendiri?

Isteri tahu keupayaan dan kemampuan kita. Bukan semua isteri meminta itu ini kepada suaminya. Namun cukuplah baginya sebuah kasih sayang yang mampu membahagiakannya.

Jika ini pun tidak mampu dilakukan seorang suami, jadi apakah lagi yang boleh kita berikan kepada isteri?

BERSABARLAH DALAM MELAYANI KARENAH ISTERI

Hanya dengan kita sahajalah tempatnya bermanja dan menumpang kasih. Maka sekiranya ada dalam kalangan isteri yang melakukan perbuatan yang tidak kita sukai, janganlah kita cepat menghukum dan memarahinya.

Sebaliknya, hadapilah karenah itu dengan kebijaksanaan dan berhikmah. Didiklah isteri kita dengan lemah lembut dan sebaik-baiknya.

Isteri apabila diperlakukan sedemikian oleh seorang suami, pasti dia akan menuruti nasihat suaminya. Namun, sekiranya kita menggunakan kekerasan, bimbang ia boleh menyebabkan isteri menjauhi kita.

Malah reaksinya terhadap kita juga akan menjadi keras seperti didikan kita juga. Boleh jadi isteri juga akan memendam perasaan terhadap perilaku kita.

Saya sangat sedih apabila membaca laporan media tentang suami yang melakukan perbuatan tidak baik kepada isterinya. Isteri insan yang telah banyak membantu kita dalam melayari bahtera rumah tangga.

Sumber : aku islam


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33WPsXC
via IFTTT