Monday, 30 December 2019

Bolehkah Sebagai Isteri, Kita Ambil Duit Suami Tanpa Kebenaran? Padu Jawapan Ustaz Ni


Antara persoalan yang mungkin ramai para isteri belum tahu adalah berkaitan dengan persoalan, bolehkah kita sebagai isteri mengambil duit suami tanpa kebenaran dan pengetahuan  mereka?

Nampak simple tetapi sebenarnya berat. Dan adalah berdosa si isteri jika tidak mengambil tahu tentang halal dan haram.

Bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu dan suami hanya membeli barang keperluan dan kadang-kala bila suami tak ada, isteri tak ada duit untuk membeli keperluan makanan?

Isteri boleh mengambil dari wang suaminya pada kadar yang perlu.


Dalam satu hadis menceritakan tentang Hindun (Isteri Abu Sufyan) mengadu kepada Nabi tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberikan belanja yang cukupi untuk isteri dan anak-anak).

Nabi berkata kepada Hindun, “Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya.” (Hadis riwayat al Jamaah). Namun isteri tidak boleh menyedekahkan duit itu kepada masjid atau memberinya kepada golongan memerlukan kerana duit itu hanya boleh digunakan untuk keperluan dirinya dan anak-anak sahaja.

Hadis itu menunjukkan, isteri boleh mengambil daripada harta suaminya pada kadar yang perlu. Perlu menjadi kebiasaan suami untuk menyediakan bukan sahaja keperluan dari segi barangan tetapi dari segi kewangan yang mampu untuk keperluan isteri dan anak-anak khasnya bila suami tiada di rumah bertugas di luar atau sebagainya, inilah yang dipanggil duit kecemasan. 

Kadang kita tak jangka perkara-perkara seperti anak sakit, barang dapur habis dan sebagainya apabila suami tiada di rumah. Suami harus berfikir jauh untuk keselesaan isteri dan anak-anak.

Sumber: Ustaz Azhar Tuarno via https://ift.tt/2q1CbOY

6 Ciri Isteri Solehah Yang Disebut Allah

1. Muslimat

Wanita-wanita yang ikhlas kepada Allah SWT dengan tunduk kepada perintahNya dan suruhan RasulNya.

2. Mukminat

Wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah SWT.

3. Qanitat

Wanita-wanita yang taat.

4. Taibat

Wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.

5. Abidat

Wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah SWT (dengan mentauhidkanNya)

6. Shoimat

Wanita-wanita yang berpuasa.

Sesungguh mana-mana wanita yang sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan setiap larangan Allah pasti akan ditempatkan dalam kelompok wanita yang dirahmati dan diberkati.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda;

“Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.” - Hadis Riwayat Ahmad


from Sehinggit Media News https://ift.tt/356aKlR
via IFTTT