Monday, 23 December 2019

Lelaki Cabul Budak Perempuan Di Tandas Surau Diburu Polis


Polis kini sedang memburu seorang lelaki pedofilia yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, pada 13 Disember lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubungan kejadian itu dari bapa mangsa pada 18 Disember lalu, berserta dengan video salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari surau tersebut. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang ketika mangsa bersama sepupunya bermain di taman permainan yang terletak bersebelahan dengan surau. 

Suspek terdahulu memanggil mangsa ke tandas surau dan mencabulnya.


Mangsa kemudian memaklumkan kepada bapanya mengenai tindakan keji lelaki itu. Bapa mangsa kemudian meminta bantuan pihak surau memeriksa CCTV dan mendapati suspek bertubuh sederhana berkulit gelap memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau sebelum memanggil mangsa. 

Polis kini sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil untuk membantu. 


Sumber: Harian Metro via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ZgyAKB
via IFTTT