Monday, 30 December 2019

Takut Masuk Neraka, Asif Suhaimi Tetap Solat Walaupun Memang "Anak Syurga"


Dua hari lepas, YouTuber terkenal Syahmi Sazli telah memenangi anugerah ‘Video Pendek Terbaek’ dalam Konsert Throwbaek 2019 Astro.

Karya ‘Drama Spontan’ yang mengetengahkan dua orang remaja autisme ini telah berjaya membuatkan anak kelahiran Kelantan i menempah nama di media sosial serta menjadikan pelakon utamanya Asif Suhaimi dan Yoe parey terkenal.

Tetap solat walaupun tak wajib

Umum sedia maklum bahawa Asif merupakan sepupu kepada Syahmi dan kerap berada bersama keluarga YouTuber tersebut. Hubungan yang rapat antara mereka kerap kali dilihat menerusi Instagram masing-masing.

Menerusi perkongsian terbaru Syahmi Sazli di Instagramnya, dia telah memuat naik gambar Asif yang sedang solat walaupun tidak berada dalam pergerakaan yang sempurna.

Menurut kapsyen yang dinyatakan oleh Syahmi, pada awalnya dia hanya bergurau dengan Asif berkaitan satu video yang ditonton dan cuba menakut-nakutkan remaja itu.


Terus bangun pergi solat

Tanpa disangka Asif terus bangun dan bertanyakan perihal waktu solat kerana enggan masuk ke dalam neraka. Situasi lucu itu turut dinyatakan oleh Syahmi apabila Asif terus bertanyakan tentang waktu Isyak sedangkan ketika itu baru waktu Magrib.

Alhamdulillah, free2 dapat pahala

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terhibur dengan lawak spontan mereka berdua. Walau bagaimanapun ada juga yang meninggalkan komen memberitahu bahawa terkesan dengan tindakan Asif kerana remaja istimewa itu lebih memahami tentang konsep syurga neraka berbanding masyarakat yang normal.


Bagus Asif boleh fikir tentang syurga neraka


Besar pahala jaga anak syurga ni


Anak syurga dah pasti ke syurga


Sumber : Syahmi Sazli via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2F9LgJO
via IFTTT