Seorang wanita rentung dalam kebakaran apabila telefon bimbit yang sedang dicas dipercayai meletup ketika tidur. Perkara tersebut menyebabkan rumah kayu yang didiaminya musnah dijilat api.
Ketika kejadian, dia dikatakan sedang tidur bersama suaminya ketika kebakaran berlaku.
Bagaimanapun suaminya berjaya menyelamatkan diri keluar dari rumah mereka selepas tersedar dan menyedari kebakaran itu.
Namun begitu, wanita tersebut terjatuh ketika cuba untuk menyelamatkan diri.
Pasukan bomba yang memadamkan api itu kemudian menemui mayat mangsa di bawah runtuhan rumah kayu itu.
Suami mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dikatakan berada dalam kritikal.
Pihak polis pada mulanya mengemukakan teori bahawa kebakaran itu didalangi oleh suami mangsa sendiri dalam cubaan untuk menyembunyikan pembunuhan isterinya itu.
Bagaimanapun, pihak bomba berkata kebakaran itu disebabkan oleh litar pintas dari telefon yang dicas pada malam hari.
Hasil pos mortem juga mendapati kecederaan mangsa disebabkan oleh kesan lecur yang teruk.
Sumber: Mirror.co.uk via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/364Brc8
via IFTTT