Thursday, 5 December 2019

Berang Suami Malas Bekerja, Isteri Baling Bateri Kereta Dan Tukul Besi Kena Kepala Suami

Gambar hiasan

Berang suami tidak mahu bekerja, seorang isteri bertindak membaling bateri kereta dan tukul besi ke kepala suaminya sehingga terpaksa menerima enam jahitan.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga memukul suaminya itu dengan penyodok sampah dalam kejadian di sini, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, ketika mangsa yang berusia 42 tahun itu berada di rumah mereka.

“Isteri mangsa yang berusia 35 tahun minta suaminya menjual besi buruk tapi mangsa enggan berbuat demikian sehingga berlaku pertengkaran mulut antara mereka.


“Mangsa kemudiannya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada jirannya untuk membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu. Suspek telah ditahan di rumah mereka kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam,” katanya.

Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan yang cedera di kepala terpaksa menerima jahitan, selain mengalami calar di belakang badan, bahu dan lengan.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OQExdt
via IFTTT