Tuesday 24 December 2019

"Sekarang Raj Dah Islam…" – Ebit Lew Bantu ‘Bodyguard’ Bertatu Ucap Kalimah Syahadah


Mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana ia juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah.

Umum sedia maklum bahawa ustaz Ebit Lew sangat dikenali dengan kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan masyarakat dan telah berjaya mengislamkan ramai orang.

Abang bertatu ucap kalimah syahada

Terbaru, Ustaz Ebit Lew menerusi muat naik di Instagram telah memaparkan sebuah video seorang lelaki India bernama Raj, telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.


Tersentuh melihatnya, meskipun luaran Raj kelihatan agak kasar dengan badannya penuh bertatu, lebih-lebih berkerja sebagai bodyguard. 


View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Raj ada peribadi yang baik…

Namun, menurut Ustaz Ebit, apabila mula mengenali lelaki berbadan sasa itu secara dekat, ternyata dia mempunyai peribadi yang baik dan lembut dalam bicaranya.



Raj sangat teruja untuk mengikuti kelas agama dan belajar lebih mendalam mengenai Islam, semoga dia mampu menjadi Muslim yang baik serta membantu lebih ramai lagi untuk tertarik dengan Islam.

Sumber : Ebit Lew via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ZjHUgN
via IFTTT