Satu tips yang boleh buatkan anda sentiasa kelihatan muda ini akan membuatkan anda terkejut dan memikirkannya berulang kali sebelum melakukannya.
Pereka fesyen terkenal, Vivienne Westwood, mendedahkan kepada umum rahsia awet mudanya, cuma mandi sekali dalam seminggu. Adakah anda sanggup mandi hanya 1 kali seminggu sahaja? Bagi sesetengah orang, ianya bukanlah sesuatu perbuatan yang menyenangkan, namun itu la tips Vivienne Westwood untuk tampil lebih muda berbanding usia sebenar.
Ratu fesyen berusia 76 tahun itu mendedahkan perkara itu selepas menyaksikan pertunjukan mengagumkan suaminya, Andreas Kronthaler di Minggu Fesyen Paris. Apabila ditanya wartawan bagaimana beliau mampu kelihatan begitu muda, Westwood tersenyum dan menjawab: “Jangan terlalu kerap mandi.
Suaminya, 25 tahun lebih muda, yang digambarkan Westwood sebagai ‘pereka terulung dunia, berjenaka:
“Dia cuma mandi sekali seminggu. Disebabkan itu, dia kelihatan cukup berseri-seri. Saya cuma mandi sekali sebulan.”
Westwood, aktivis alam sekitar dan cuma memakan sayur-sayuran, sebelum ini berkata beliau cuma membersihkan apa yang perlu dan tergesa-gesa keluar pada waktu pagi.
“Saya selalu tidak sempat mandi selepas Andreas,” katanya.
Kronthaler, yang dikatakan mengilhamkan fesyen dipakai pelawak Sacha Baron Cohen dalam filem ‘Bruni’ pada 2009, mencapai kemuncak reputasi dengan pertunjukan di Paris yang menampilkan 68 rekaan dan 12 ukiran manusia yang dibalut dengan selimut.
Pada mereka yang rasa boleh ikut cara Vivienne Westwood ini, cuba la, mana tahu nanti boleh kekal muda walaupun sudah lanjut usia kan!
Sumber: https://ift.tt/2jstcxg
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2s3GNWs
via IFTTT