KOTA SURABAYA - Penderitaan seorang wanita di Jawa Timur, Indonesia yang menjadi mangsa dera suami sendiri sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui titik noktah.
Wanita berusia 37 tahun dan sedang sarat mengandung enam bulan itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarganya di Kabupaten Sampang, Madura pada Sabtu lalu.
Lebih menyayat hati, Sanima hilang penglihatan akibat kerap dibelasah suaminya, Musa, 39, sejak tujuh bulan lalu menggunakan pelbagai objek termasuk kayu dan penyangkut baju.
Pemeriksaan pegawai perubatan terhadap tubuh mangsa di hospital turut menemui pelbagai kesan kecederaan termasuk lebam di pinggang dan luka di bahagian siku kiri.
Siasatan polis mendapati, Musa mendera isterinya kerana berang wanita terbabit enggan memakan ubat bagi mencegah strok.
Musa berdepan hukuman 5 hingga 15 tahun penjara di bawah Akta 23 mengenai kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) jika disabit kesalahan. - Agensi
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ZycYJz
via IFTTT