Monday 23 December 2019

Basuh Tangan Lagi Teruk, Awas Penyakit Hand Dermatitis Punca Jari Merah Dan Gatal-Gatal


Pernahkah anda mengalami kulit tangan anda kering, gatal-gatal, merah dan lebih teruk ia mempunyai gelembung air?

basuh tangan lagi teruk, awas penyakit hand dermatitis punca jari merah dan gatal-gatal

Dikenali sebagai 'hand dermatitis', terjadi disebabkan alergen sentuhan seperti bahan kimia, sabun atau pencuci. Pesakit akan mengadu kulit kering pada tapak tangan, gatal-gatal, kemerahan dan juga merekah.

Hand dermatitis ini secara umum dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:


1. Irritant contact dermatitis - tangan terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan iritasi.

2. Allergic contact dermatitis - ada bahan tertentu penyebab alergi dan reaksi pada kulit.


Menurut Dr Hafsah Sazali, tindakan membasuh tangan secara kerap kepada pesakit hand dermatitis boleh mengeruhkan lagi keadaaan, sebaliknya pesakit hanya perlu menggunakan soap substitute dan elakkan produk sabun. Pesakit juga dinasihatkan agar tidak menggunakan produk yang mempunyai bahan pewangi.


Ada juga pesakit yang merendam tangan dengan air panas bagi mengurangkan rasa gatal akibat hand dermatitis, dan ini adalah motis. Tindakan ini akan menyebabkan iritasi pada kulit yang lebih teruk. Sebaliknya, pesakit perlu mengelakkan untuk mandi air yang mempunyai suhu terlalu panas ketika mandi atau membasuh tangan.

Pastikan anda berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan diagnosis yang tepat serta rawatan yang selanjutnya.

Sumber: Twitter Dr Hafsah Sazali via Era.je


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Zs7yA9
via IFTTT