Kalau nak rasa seakan-akan melancong di lokasi indah dan sejuk bagai di luar negara, Cameron Highland salah satu tempatnya.
Sejuk, tenang dan damai, Cameron Highland memiliki tempat-tempat menarik yang cantik untuk dijadikan destinasi pelancongan sama ada anda ingin berjalan secara bersendirian atau bersama keluarga.
Untuk memudahkan perjalanan anda, seorang pengguna Facebook, saudara Basron Nizam telah berkongsi tips lengkap sebelum ke sana yang padat dengan cadangan lokasi, penginapan, makanan serta buah tangan yang perlu dibeli ketika di sana. Jom kita baca.
Tips Nak ke Cameron Highlands
1) Bagi anda yang dari Kuala Lumpur boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai. Dari Terengganu boleh ikut Kuala Berang – Felda Aring – Gua Musang ataupun Raub – Sungai Koyan.
2) Bertolak awal okey! Sesudah Subuh harap dah start enjin. Lambat confirm jem oi.
3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat-tempat menarik CH.
- Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
- KEA Farm 8.30am-6pm
- KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
- Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
- Taman Abang steamboat & grill (Harga Dewasa RM39 Kanak-kanak RM29)
- Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari Jumaat, Sabtu & hari-hari dibuka untuk cuti sekolah)
- Penginapan: Salah satunya Golden Hill Resort Cameron Highlands (jalan kaki je pergi pasar malam)
4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
- harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
- sukar untuk dapat parking kereta.
- kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
- kurang privasi.
5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner. Ada papan tanda S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis. Harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain. Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan bahagian yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
7) Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Letak kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Ladang teh:
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas. ( Mossy Forest )
4. Boh Tea Garden
Masuk Percuma
Buka 9.00am- 4.30pm
Nikmati tea, cake dll desert
Tempat menarik yang percuma
- YZ Agro Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
- KHM Strawberry and Jem (8.30 pagi – 6 ptg)
- Cactus point (9 pagi – 6 ptg)
- Big Red Strawberry Farm (8 pagi – 6 ptg)
- Ladang Lebah (8 pagi – 7 mlm)
- Ladang Anggur Bertam Valley (9 pagi – 5 ptg)
- Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
- Kea Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
Tempat menarik yang berbayar
- Taman Agroteknologi MARDI (8.45 pagi – 5 ptg)
- Dewasa RM5, Kids RM3
- Lavender Garden (9 pagi – 6 ptg)
- Dewasa RM10, Kids RM7
- Butterfly Garden (9 pagi – 6 ptg)
- Dewasa RM7, Kids RM5
- Orkid and Rose Garden (9 pagi – 6 ptg)
- Dewasa RM8, Kids RM6
Makanan yang wajib cuba
- Aiskrim Malaysia Strawberry
- Aiskrim Strawberry
- Scone
- Strawberry coklat
- Nasi Lemak Sambal strawberry
- Sayuran goreng
- Steamboat cheese highlands
- Jagung mutiara rebus
- Ubi rebus
Ole-ole wajib beli
- Strawberry
- Jambu epal (merah dan hijau)
- Sayuran segar (10 sayur RM10)
- Buah-buahan Kering
- Coklat buah-buahan
- Kordial buah-buahan
Extra info Suhu di Cameron Highlands.
Pagi – 17*C
Siang – 24-26*C
Malam – 18*C
Highland steamboat cheese (5 p.m. – 12 a.m.)
Dewasa-RM 35
Kanak-kanak- RM 20
The Stone Valley Steamboat (5 p.m. – 12 a.m.)
Dewasa – RM 35
Kanak-kanak – RM 18
Bengkel
Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888
Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)
Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)
Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)
Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang – 019-5295151
Ah Boy Bengkel – 016-5058738
Kedai Tayar (Tringkap) – 05-4961430
Awie (Kg Raja) – 019-9086694
Liu Pomen – 019 392 1166
Lenchai Pomen – 016 505 8735
Kama Koi Pomen – 012 542 4201
Rosli Pomen – 017 5777047
Farmasi, klinik dan hospital
Tigas Cameron Pharmacy
58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata – 05-491 4791
Watson
L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
Hospital Tanah Rata – 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)
Klinik Dr Ayob Tanah Rata – 05-4911654
Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) – 05-491 1478
Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)
Balai polis/Pondok polis
Tanah Rata – 05 491 5443
Brinchang – 05 491 1222
Kg. Raja – 05 498 1222
Ringlet – 05 495 6222
PP Tringkap – 05-496 2222
PP Lembah Bertam – 05-4956373
Sumber: Basron Nizam via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OwkOhZ
via IFTTT