Secara semula jadi, wanita merupakan insan yang amat menitik beratkan penampilan dirinya. Sebab itulah, jika sebut tentang wanita, maka tidak boleh lari dengan cermin.
Dengan cerminlah, wanita melihat rupa paras, kecantikan, keyakinan di sebalik diri mereka. Maka tidak hairanlah pepatah Arab menyatakan "Al-Mar'atul Mir'ah" (Wanita itu adalah cermin).
Sememangnya wanita pentingkan penampilan malah sangat resah apabila tak melihat diri mereka di cermin.
Kondisi ini bukan sahaja memburuk di negara Barat malah juga melanda wanita dekat negara kita.
Kajian terbaharu mendapati wanita Barat menghabiskan kira-kira 627 jam 28 minit memikirkan penampilan mereka dalam masa setahun.
Adakah anda:
1. Selalu rasa nak tengok cermin di mana sahaja?
2. Selepas makan, sering gelisah anda nampak pelik/tak cantik?
3. Jika diberi pilihan, anda akan memilih untuk berada di tempat mempunyai cermin.
4. Di dalam tas tangan anda, pasti ada cermin untuk waktu-waktu 'kecemasan'.
Jika ke semua jawapan di atas adalah ya, pastinya anda tergolong antara wanita yang menghabiskan 600 jam setahun dihadapan cermin.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3322m69
via IFTTT