Wednesday, 20 November 2019

Hidu Asap Rokok Tetamu Masa Majlis Akikah, Bayi Hanya Sempat Hidup Sebulan


Bukan sahaja orang dewasa terdedah pada asap rokok, malah bayi juga menjadi mangsa setelah menyedut asap tersebut sehingga boleh terkena jangkitan paru-paru atau sesak nafas.

Itu terjadi kepada seorang bayi berusia sebulan, Hafizh Syawal yang meninggal dunia kerana terhidu bau asap rokok seorang tetamu ketika berlangsung majlis cukur jambul dan akikahnya pada 17 Julai 2017.

Ibu Hafizh iaitu Fitria Indah Lestari berkata, dia tidak menyedari dengan kehadiran perokok kerana sibuk melayani jemputan malah dibiarkan Hafizh di ruang tamu kerana ramai tetamu yang ingin melihat anaknya.

Dua hari selepas majlis tersebut, anaknya mula mengalami batuk dan sesak nafas dan Fitria terpaksa minum ubat batuk disebabkan Hafizh masih menyusu badan ketika itu.

Setelah dibawa ke hospital, Hafizh disahkan menghidap paru-paru berair selain terbaring lemah dengan mesin bantuan oksigen dan suntikan doktor.


Beberapa hari selepas itu, pemeriksaan X-Ray juga dilakukan namun doktor mengesahkan anaknya semakin tenat dan pasangan tersebut perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Namun pada 30 Julai 2017, Hafizh mengembuskan nafas terakhir setelah hampir dua minggu bertarung nyawa dengan pelbagai rawatan.




Walaupun tragedi berkenaan sudah berlalu dua tahun lalu, namun kisah ini seharusnya diberikan perhatian dan pengajaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Sumber : The Asian Parent Indonesia via borakdaily.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QCdxzK
via IFTTT