Setiap suami pasti mempunyai hasrat yang ingin direalisasikan untuk pasangan mereka setelah melihat si isteri sentiasa bersama dikala susah mahupun senang.
Bagi Amir Faisal Khairi, dia nekad bekerja keras selama sembilan tahun bagi menunaikan hasrat isterinya Munazieraa Ab Aziz yang mengimpikan sebuah banglo tiga tingkat di atas bukit yang menghadap sebuah tasik.
Semuanya bermula apabila bapa kepada tiga anak itu terbaca diari zaman kanak-kanak isterinya selepas bernikah yang ketika itu dia masih bergelar seorang pelajar dan hanya mempunyai sebuah basikal.
17 July 2010..
Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak2 isteri saya… Ditulis masa umur 11 tahun pada 1997..
Diari tu bertulis: Rumah impian saya iaitu banglo, tiga tingkat, atas bukit dan menghadap tasik.
Saya hanya tersenyum masa tu, saya masih seorang pelajar, harta saya ada cuma basikal.. Saya tutup diari itu.. Tapi saya tak pernah lupa..
24 Oct 2019. It tooks me 9 years of hard work.. Alhamdulillah rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak2..
Jika ditanya saya apa impian saya, hanya satu iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz.
Muat naik posting di laman Facebook miliknya itu tular sehingga mendapat lebih 4,600 perkongsian dalam kalangan netizen yang rata-rata turut tumpang gembira dengan hasil kejayaan tersebut.
Sumber: Amir Faisal Khairi via https://ift.tt/2FBm52p
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NzOWID
via IFTTT