Tuesday, 19 November 2019

"Dah Diwajibkan Car Seat, Mula La Orang Nak Mencuri"– Kereta Wanita Ini Kena Pecah Sebab Nak Curi Car Seat, Hati-hati


Smart Tag, Handphone, Wallet, Laptop dan baru-baru ini Car Seat Baby pula menjadi ancaman utama buat ibu bapa diluar sana yang baru sahaja ada bayi.

Kejadian yang berlaku di Aeon Bukit Indah, Johor Bahru ini telah mencetuskan kebimbangan netizen, selain daripada kebimbangan sistem keselamatan di pusat membeli belah itu, ia membuatkan ramai ibu bapa bimbang untuk tinggalkan car seat  dalam kereta.

Sabar je lah. Sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba2 jual preloved car seat jenama chicco next fit, warna hitam kelabu, especially area jb, inform aku ye. Curi barang aku takpe, yg buat aku geram dia curi barang anak aku ni”

Lebih terkilan lagi, ketika Anis Jasmani nak cuba semak rakaman CCTV, pusat membeli belah tersebut menjelaskan bahawa ia tidak disediakan dikawasan parkir tersebut.


Malah bagi netizen, berdasarkan pemerhatian mereka, ia kemungkinan akan mengambil masa untuk mereka nak pecahkan, dan keluarkan car seat tu dalam kereta. Korang tengok ni.




Jadi, ia menjadi pertikaian netizen terhadap sistem pengawasan di pusat membeli belah itu, mana tidaknya kalau diamati betul-betul cuma sebahagian tingkap sahaja yang pecah, itupun di bahagian belakang.

Tapi barang yang hilang itu, car seat, vape dan smart tag. Bimbang pula bila melihat perkara ini jadi, nak letak car seat pun was-was.

Namun, seperti yang kita sedia maklum, tahun 2020 nanti semua ibu bapa wajib kena ada car seat dalam kereta mereka, lapor Harian Metro.

Mungkin sebab tu lah orang makin menjadi-jadi nak curi, atau sebab tak mampu, ataupun sebab car seat sekarang tengah ada nilai.

 Gila, semua benda nampak duit – Netizen



Ramai juga menceritakan bahawa mereka pernah diancam ketika sedang bersiar di mall tersebut.

Hurm, apa pun nampaknya lepas ni car seat pun kena bawa keluar kalau dah sampai satu tempat. Lebih-lebih lagi kalau pakai jenis yang mahal-mahal punya.

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35cTvQm
via IFTTT