KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sedang berjalan kaki maut selepas dihempap pokok yang tumbang di Jalan 16/10, di hadapan pintu utama Universiti Malaya, petang Rabu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang sebelum menghantar lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi kejadian.
"Anggota tiba pada 5.44 petang dan mendapati mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah dihempap sebatang pokok di hadapan pintu masuk utama universiti.
"Mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Seorang wanita maut dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika hujan lebat di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) petang tadi (Rabu).— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) October 23, 2019
Identiti mangsa masih belum dikenalpasti. @501Awani
Lanjut di https://t.co/X17IZG9DI0. pic.twitter.com/bAz2IXQtx2
Kenyataan itu turut memaklumkan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Terdapat juga pokok tumbang yang menghempap tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran," jelasnya.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NazCSy
via IFTTT