Wednesday, 23 October 2019

Ular "Menyorok" Dalam Kasut, Budak Cedera Dipatuk Mohon Doa


Musim tengkujuh menyebabkan banyak haiwan berbisa mencari tempat perlindungan di persekitaran yang panas seperti di dalam rumah, kereta dan kasut.

Disebabkan perkara itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan berhati-hati dengan sebarang keadaan bahaya.

Tapi malang bagi seorang kanak-kanak lelaki, Iman Sufi kini yang sedang dirawat di sebuah hospital selepas dipatuk seekor ular berbisa berwarna hitam.


“Mohon doakan adik Iman Sufi agar cepat sembuh kerana di patuk ular pada tangannya.


Ular berkenaan duduk dalam kasut dan adik ini tak perasan,” tulis sebuah posting di Facebook.


Posting tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mendoakan agar kanak-kanak terbabit segera sihat dan sembuh.



Kesiannya!


Ni la yang paling takut


Allahu! Semoga cepat sembuh


Semoga sembuh seperti sediakala


Allahu! Gigitan ular memang berbisa. Kalau tak dirawat dengan segera, boleh membawa maut. Semoga adik ni cepat sembuh.

Sumber : Zack Zai via ohmymedia.cc


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ocvWr4
via IFTTT