Friday 4 October 2019

Suami 'Nurse' Belasah Doktor Di Klinik, Dakwa Dicurangi Isteri Masa Kerja Di Dubai


SEORANG pemuda dipercayai doktor yang bertugas di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi ditumbuk berulang kali oleh seorang lelaki ketika sedang bertugas.

Video berdurasi 2 minit 20 saat yang tular di media sosial sejak pagi Sabtu turut menyaksikan doktor itu bukan sahaja dipijak tetapi diterajang lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aiman.

Namun doktor itu bernasib baik apabila seorang wanita bertindak menghalangnya daripada terus dikasari lelaki terbabit.

Berdasarkan beberapa maklumat yang tular mengenai insiden itu, doktor tersebut dibelasah kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Aiman yang juga seorang jururawat.

Difahamkan isteri Aiman berlaku curang selama lapan ke 10 bulan sepanjang ketiadaan suaminya yang bekerja di Dubai.

Kalau perempuan tak melayan…



Dikatakan, isteri kepada lelaki berkenaan merupakan seorang jururawat yang bertugas di Kuala Lumpur. Manakala suaminya (si pelaku) yang dikenali sebagai Aiman, sedang bekerja di Dubai.


Berdasarkan maklumat, isteri Aiman bertemu dengan doktor tersebut buat kali pertama ketika datang ke klinik dia bertugas untuk mendapatkan sijil sakit.

Namun doktor itu didakwa cuba memikat isteri Aiman dan pada masa sama wanita tersebut pun 'melayan' lelaki itu.

Bagaimanapun hubungan sulit pasangan itu terbongkar selepas Aiman mengintip pergerakan isterinya.

"Si nurse tak cerdik, konon educated padahal b**** tak tahu CCTV lif, CCTV lobi, CCTV gate, CCTV lot parking penuh.

"So si suami balik dari Arab Saudi hari ni datang belasah doktor tu," demikian menurut maklumat yang tersebar di Twitter.

Berdasarkan maklumat itu, doktor tersebut juga sudah mempunyai isteri.

Penjelasan situasi terbabit



Adik tampil menjelaskan keadaan!


Disebabkan penularan video tersebut, adik kepada jururawat tersebut telah tampil untuk menjelaskan keadaan dan masalah yang dialami oleh rumah tangga kakak dan abang iparnya.

Selalu tuduh isteri sendiri curang


Tuduhan suami jadi kenyataan


Ramai yang bengang…


Sudah tentunya kes ini akan mendapat perhatian oleh para netizen. Kebanyakannya meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati kepada semua pihak yang terlibat.

Geram tengok video ni


Suami dia betul-betul kecewa


“Apa masalah dia keluar dengan jantan lain…”


Dah kantoi buat muka tak bersalah


Sudah pastinya kes ini sangat memberi kesan kepada perkahwinan mereka. Diharapkan agar segalanya akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber: @MALAYSIAVIRALL, ohmymedia.cc, Mstar Online


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ALDX90
via IFTTT