Nampak isu penceraian yang mengaitkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama Rihana Oksana Gorbatenko masih belum selesai apabila terbaru, Rihana telah diaktakan menuntut sejumlah harta dan wang pampasan yang sangat tinggi
Dalam pada itu, The Sun UK melaporkan Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.
Sumber dari istana turut mempersoalkan tuntutan Rihana sebanyak itu hanya untuk menjaga bayi kecil.
Jika dilihat dari perkembangan terbaru Rihana di Instagram, Rihana masih belum memberikan sebarang respon mengenai tuntutan itu dan baru-baru ini Rihana hanya memuat naik satu posting temubual diirinya bersama Mail Online. Apa yang didedahkan Rihana kali ini?
Sejak suami meninggalkan saya Disember lalu, dia tidak pernah kembali lagi. Saya tahu tentang penceraian saya melalui internet. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sebab semuanya okay. Kami juga sedang menunggu kelahiran anak pertama dan saya sendiri tidak faham sebab sebenar dia buat begini.
Saya tidak bercakap dengan suami saya sejak Disember tahun lalu. Saya tidak mempunyai peluang untuk berbincang dan diperjelaskan tentang hubungan kami malah saya juga cuba menghubungi suami, rakan-rakannya dan pihak istana.
Sebelum ini, jika korang masih ingat, pihak istana ada meminta untuk Rihana membuktikan jika itu adalah anak dia bersama Sultan Kelantan, Bagaimanapun, Rihana tidak mahu menjalankan sebarang ujian DNA kerana baginya ia tidak perlu kerana dapat dilihat muka anaknya saing tak tumpah seperti ayahnya dan mempunyai wajah orang Asia.
Faris, sedarlah! Kamu ada seorang anak dan kamu adalah seorang ayah. Dan kamu adalah seorang raja. Tak kira apa yang berlaku dalam perkahwinan kita, saya mahu anak saya untuk mempunyai ibu dan ayah. Fikirlah tentang anak kamu.
Saya membesarkan anak lelaki saya sendiri dan saya menguruskan kewangan sendiri. Saya (bekerja) dalam pemasaran antarabangsa dan ibu bapa saya juga turut membantu menjaga anak saya.
Terdahulu, Straits Times melaporkan pasangan tersebut bercerai selepas enam bulan diijabkabulkan. Malah, peguam Sultan Kelantan V turut mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.
Sumber: ohmedia.my, rotikaya.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OotgRL
via IFTTT