Thursday, 24 October 2019

Amalkan Ayat Al-Quran Ini, Segala Penyakit InsyaAllah Akan "Dimuntahkan" – Ustaz Sharhan


AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan.

Bagaimana hendak mengubati sakit yang ‘misteri’.? Perubatan moden tidak dapat mengenal pasti penyakit apa ada apakah puncanya. Wang habis beribu-ribu tetapi tiada sebarang kesan.

Apabila menggunakan cara rawatan tradisional iaitu dengan membaca ayat-ayat al-Quran, pesakit mula menunjukkan tindak balas yang di luar dugaan seperti muntah darah. Apakah pesakit sebenarnya terkena sihir (buatan orang)?

Muntah darah yang terjadi itu di sebabkan pesakit telah termakan barang santau atau yang di hantar oleh bomoh yang menggunakan khidmat jik kafir dan syaitan ke dalam badannya tanpa di sedarinya. Perubatan moden memang tidak dapat mengetahui puncanya.

Apabila pesakit dirawat dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan berdoa minta di keluarkan apa saja yang ada di dalam perutnya maka dengan izin Allah SWT barang kotor tersebut (sihir) akan keluar dan kesan luka di dalam mulut atau perutnya yang menyebabkan muntah darah. Atau darah beku sudah ada di dalam perutnya maka bila jin tersebut keluar maka darah itu pun ikut keluar sama.


Apabila kita niat hendak berubat dengan ayat al-Quran, bacalah surah al-Anbiya ayat 83 dan baca doa jika di dalam diri kita ada santau atau sihir dengan izin Allah SWT, boleh keluar semua santau atau sihir yang di hantar ke dalam perut kita.

Firman Allah SWT :


Dengan ayat ini, Allah SWT mengingatkan Rasul-Nya dan umat Muslimin kepada kisah Nabi Ayub a.s. yang ditimpa suatu penyakit yang berat sehingga berdoa memohon pertolongan Tuhannya untuk melenyapkan penyakitnya itu, kerana ia yakin bahwa Allah SWT. adalah Rabb Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Walaupun berbeza-beza riwayat yang diperoleh tentang Nabi Ayub a.s, baik mengenai peribadinya, masa hidupnya dan macam penyakit yang dideritanya, namun ada hal-hal yang dapat dipastikan tentang dirinya, iaitu bahawa dialah seorang hamba Allah yang soleh, telah mendapat cubaan dari Allah SWT, baik mengenai harta benda, keluarga, dan anak-anaknya, mahupun cubaan yang menimpa dirinya sendiri.

Dan penyakit yang dideritanya adalah berat. Meskipun demikian semua cubaan itu dihadapinya dengan sabar dan tawakal serta memohon pertolongan dari Allah SWT dan sedikitpun tidak mengurangi keimanan dan ibadahnya kepada Allah SWT.

Ayat dari Surah Al-Anbiya: 83 ini jika diamalkan insyaallah akan sembuh penyakit dan jika tiada penyakit ianya akan menjadi Antibodi yang kuat sebagai ikhtiar

Sila baca keseluruhannya. Ketika ustaz mengajar kami membaca doa ini, diminta kami meletakkan tapak tangan kanan di atas dada tempat letaknya jantung. Perhatian: Sangat disarankan rujuk tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini untuk mendalami lebih lanjut Kisah Nabi Ayub.


Doa ini ialah doa Nabi Allah Ayub AS yang ditimpa penyakit yang cukup berat. Subhanallah, Nabi Ayub AS tak pernah mengeluh, malah memuji Allah SWT dalam doa ini.

Doa ini adalah setelah Allah memberi jaminan akan memakbulkan doa Nabi Ayub AS. Boleh dibaca sekali setiap selepas satu waktu solat ( yakni 5 kali sehari ) atau terus baca 5 kali sekaligus selepas Solat Subuh, atau 5 kali sekaligus selepas Solat Isyak.

Niatkan untuk mendapat kesembuhan penyakit daripada Allah SWT. Insya Allah maqbul, sebagai penawar kepada penyakit rohani mahupun jasmani. Wallahu a’lam.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pOelGx
via IFTTT