Thursday, 11 July 2019

Tular Dakwaan Roti Putih Ada Najis Tikus, Pihak Gardenia Tampil Beri Penjelasan


Beberapa hari ini tular isu mengenai seorang individu yang medakwa bahawa terdapat najis tikus di dalam buku roti yang dibelinya. Hantaran yang dimuatnaik oleh individu terbabit menimbulkan spekulasi dan tanda tanya di kalangan orang ramai. 

Malah beliau turut melampirkan beberapa keping gambar dalam hantaran tersebut.


Lalu terpanggil untuk mengetahui perkara sebenar, Siakap Keli telah menghubungi pihak Gardenia. Menurut mereka, dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Malah pihak mereka telah menghantar sampel roti terbabit ke pakar dan beliau mengesahkan bahawa tompokan hitam tersebut adalah serpihan doh yang melalui dua kali proses pembakaran dan bukannya najis seperti yang didakwa.


Pihak Gardenia menyatakan pihak mereka sangat mementingkan perkhidmatan dan kualiti setiap produk yang dihasilkan. Justeru, orang ramai perlu sedia maklum bahawa perkara seperti itu tidak akan terjadi.

Mereka juga telah menghubungi individu berkenaan dan memaklumkan tentang perkara ini. Lantaran itu, pihak Gardenia juga menjemput individu itu untuk melihat dan menilai sendiri kilang dan proses yang dijalankan.


Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XSaUOo
via Merah Hati Cintaku