Sunday, 14 July 2019

Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Depan Ustaz Ebit Lew


Berdepan kontroversi curang sehingga bahtera perkahwinannya dengan Bella Astillah bertemu titik noktah pada 16 Mei lalu, nampaknya netizen lebih berminat dengan gosip-gosip panas terpalit Aliff Aziz berbanding karier seninya.

Menerusi perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew, beliau menceritakan pengalamannya bertemu dengan Aliff Aziz di Singapura.

Entri tersebut menjadi perhatian netizen dimana memaparkan Aliff yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang berlaku dalam hidupnya.

“Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi ‘asbab’ kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual. Saya tanya (kepadanya) jika hari ini adalah hari terakhir. Tiada esok, tiada lusa.

“Apa (dia) nak cakap kepada yang disayangi dan anak yang sangat ‘cute’. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak,” tulis Ebit Lew.

Dalam pada itu, Ebit mengagumi kesungguhan Aliff yang mula mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan berusaha menjadi insan lebih baik.

“Syukur dengar Aliff kini yang menjaga solat, mula hafal al-Quran. Nenek dan datuknya orang sangat baik. Begitu juga mak dan ayahnya. Tadi, banyak soalan agama daripadanya. Setiap manusia diuji Allah,” katanya.

Diakhir perkongsian, Ebit turut berdoa semoga Aliff akan terus istiqamah kerana Allah dan persiapan akhirat.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ldSMwz
via Merah Hati Cintaku