Sunday, 14 July 2019

Anak-Beranak Kerja Pilot, Ayah Sanggup Tukar Syarikat Semata-mata Nak Terbang Dengan Anak-Anak


Semua orang pastinya mempunyai impian, sama ada ia dapat dicapai atau tidak tentunya bergantung pada cara seseorang merealisasikannya. Tidak salah bermimpi, asalkan tahu cara yang betul untuk memilikinya. Kerana hidup ini adalah satu pilihan dan setiap individu bertanggungjawab terhadap pilihannya.

Begitu juga dengan kerjaya, setiap dari kita pastinya mempunyai pilihan kerjaya masing-masing. Itulah yang dipegang oleh dua adik beradik ini, Safia Anisa (23 tahun) dan kakaknya Safia Amira (28 tahun) yang sejak dari kecil menyimpan cita-cita untuk ‘terbang’ ke awan biru. Mereka sememangnya ingin mengikut jejak si ayah menjelajah ke setiap pelosok dunia.

Menurut Anisa ketika dihubungi Siakap Keli, beliau menyatakan bahawa telah bergraduat setelah menyempurnakan pengajiannya selama 2 tahun di Malaysian Flying School, Melaka. Beliau diterima masuk ke sana selepas SPM. 


Malah lebih membanggakan, setelah tamat sahaja pengajiannya, beliau lantas ditawarkan peluang untuk bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan terkenal di Malaysia dan Antarabangsa.


Safia Anisa bersama ayahnya (Gambar: Safia Anisa)

Namun malam tadi, Anisa telah memuatnaik ciapan di laman twitternya dengan menceritakan pengorbanan sweet ayahnya itu. Anisa menyatakan:

“Lelaki ini sanggup meninggalkan syarikat tempatnya bekerja selama 40 tahun. Beliau sanggup bermula sebagai seorang junior (di syarikat baru ini) pada usia 58 tahun hanya semata-mata untuk terbang bersama dua orang anak gadisnya ini.”

“Saya tidak dapat meluahkan betapa bersyukurnya saya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat terbang dengan abah!”


Anisa menjelaskan bahawa ayahnya dahulu bekerja di sebuah syarikat penerbangan lain dan sanggup berhenti kerana mahu masuk syarikat tempat Anisa dan kakaknya bekerja.

Tambah Anisa, Ayahnya (di dalam gambar) berjawatan sebagai Captain, manakala Anisa dan kakaknya berpangkat sebagai Senior First Officer (juruterbang kedua).

Sumber: Safia Anisa


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XP27bG
via Merah Hati Cintaku